aku jumpa satu belog,sayu tahu bile aku baca entry dia.mungkin kami punya situasi yg sama.cuma dia lelaki dan aku perempuan.lagilagi bila nama org yg dia sayang sama dgn aku.sumpah,aku sayu tahu.aku bukan mengharap sangatsangat,cuma aku terfikir,kalau lah macam ini org yg aku syg tulis kt aku.iya,memang aku menunggu.aku tunggu dia.hati yg dia ambil,mmg tadapat dia pulangkan.aku sayu tahu.aku sayu.so aku copypaste ape yg dia tulis. kelik sini kalau nak baca lg lanjut.
nadia,aku rindukan kau. setiap malam aku terbayangkan wajah kau nadia. aku hampir menangis lagi. kau umpama lilin yang selalu menemani aku. disaat kau tiada,dunia aku gelap. aku tidak nampak jalan nadia. aku buta. kau pimpin lah aku. aku perlukan kau. kesilapan aku tidak mampu kau maafkan tetapi aku mahu ada didalam hati kau lagi nadia. aku mahukan seperti dulu. aku masih tidak lupa kenangan kita. kita berjalan bersama. berpengangan tangan,kau membelai aku. aku sentuh pipi kau. aku teruja bersama kau nadia. jarak bukan menjadi halangan untuk kita. aku nak kau ingat balik kenangan kita nadia. memang aku bodoh melepaskan kau. aku tak fikir panjang disaat aku meluahkan kata putus terhadap kau. kau perempuan,aku tahu kau lemah tapi aku juga begitu. aku cepat sebak bila mengenangkan nasib aku. tolonglah nadia,beri lah aku peluang untuk kembali bernyawa,untuk merasa kembali saat manis kita. aku tahu kau punya teman baru,aku tahu kau punyai pengganti tetapi berilah aku sedikit peluang untuk aku mengecapi kebahagian yang pernah kita ukir dahulu. aku marah kau . yeaa ! aku selalu menegur perbuatan kau tetapi itu sebab aku sayangkan kau. aku nak jaga kau. aku nak kawal kau tapi itu sedikit nadia. aku tetap memberi peluang untuk kau membuat perkara yang kau mahu tapi kau harus ingat semua itu ada batasannya. kau sudah besar dan kau tahu mana baik dan yang mana buruk. aku percaya pada kau dan aku tahu kau mampu. kau tiada peganti bagi aku. aku melihat kau dengan keindahan. air muka kau cukup membuatkan aku sedih. sekarang setiap malamku keseorangan tanpa kau menemaniku.aku tahu kau masih menyayangi aku. aku dapat rasa yang kau masih merindui aku. walaupun sedikit perhatian yang kau berikan kepada aku,aku amat hargainya nadia. setiap kata kata kau membuatkan aku semangat untuk meneruskan hari hari aku. nadia. aku nak kau tahu yang aku amat menyayangi kau. aku tak nak kehilangan kau. aku tak mahu merosakkan masa depan kau. aku nak kau berjaya. aku nak hidup bersama kau. aku mahukan kau sebagai teman aku sehingga aku tiada nadia. aku berjanji akan menunggu kau. menunggu kau nadia. aku akan tunggu kau walau ape pon cabaran yang akan aku tempuh aku tetap mahukan kau. hanya kau seorang. nadia. i miss you so much.
notakaki:aku jumpa satu belog,sayu tahu bile aku baca entry dia.mungkin kami punya situasi yg sama.cuma dia lelaki dan aku perempuan.lagilagi bila nama org yg dia sayang sama dgn aku.aku sayu tahu.aku sayu.kalau lua nampak tersenyum dan gembira, tapi dalam hati sedihnya takde sape yg tahu.begini ke?yedak?ahahaha. :'(
No comments:
Post a Comment